Ahad, 14 Julai 2013

PELBAGAI KEGIATAN HARI INI DI RKT 14 JULAI 2013

 Solat Zohor.....
 Mentoo Mentee
Motivasi

PERISTIWA 1 : MENTOO DAN MENTEE - UNIT HEM

14 Julai 2013,Ahad,perhimpunan pagi hari ini telah digantikan dengan Program Mentoo dan Mentee yang melibatkan 16 orang guru serta 4 orang pentadbir.Program yang dikendalikan oleh unit HEM ini dijalankan selama 30 minit iaitu bermula jam 745 pagi dan berakhir jam 815 pagi.

PERISTIWA  2 : KEHADIRAN PENYELIA SUKAN PPD KEMAMAN - UNIT KO

Pada hari ini juga,lebih kurang jam 900 pagi,Penyelia Sukan PPD Kemaman En Mohd Nazri  telah hadir ke RKT untuk membuat pengesahan pemantauan dan mengadakan pertemuan dengan PK Kokurikulum.Perbincangan Penyelia Sukan dengan PK Ko En Ruzaidi Ibrahim berakhir jam 1045 pagi.

PERISTIWA 3 : CERAMAH MOTIVASI MURID UPSR - UNIT KURIKULUM

Pada jam 845 pagi,RKT telah menerima kunjungan En Kamarudin bin Kasim,seorang penceramah Motivasi untuk menyampaikan motivasi kepada murid tahun 4,5 dan .Program berakhir jam 1045 pagi.

PERISTIWA 4 : UNIT PERPUSTAKAAN BERGERAK  DI RKT - UNIT KURIKULUM

Pada jam 1145 pagi,Perpustakaan Bergerak Daerah Kemaman hadir sebagaimana rutin untuk memberi peluang murid memulang/meminjam buku.

PERISTIWA 5 : PENTAFSIR  SAINS DAERAH KEMAMAN  HADIR - UNIT KURIKULUM

Pada jam 1200 tengahari,Pn Fatimah dari SK Payoh hadir membuat penafsiran murid UPSR untuk Subjek Sains.

PERISTIWA 6 : SALAT ZOHOR BERJEMAAH GURU DAN MURID TAHAP 2 - UNIT HEM

Pada jam 115 tengahari,semua murid dan guru bersolat jemaah zohor di dewan RKT.

1 ulasan:

  1. solat zuhor berjemaa program Ihya Ramadhan Panitia Agama Islam.

    BalasPadam

Sambutan Hari Jadi Murid.