Ahad, 7 Julai 2013

KELAINAN HARI INI: PERHIMPUNAN PAGI DISELITKAN TAZKIRAH RAMADHAN

 Murid mendengar tazkirah
Ustaz Fakhrul diberi tanggungajawab hari ini menyampaikan tazkirah

Pada 7 Julai 2013,Ahad,perhimpunan pagi Ahad minggu ini diubah sedikit selaras dengan menanti kehadiran bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan.Seperti biasa,perhimpunan pagi yang disertai oleh semua guru didahului dengan bacaan doa dan ikrar dan nyanyian lagu Negaraku,Selamat Sultan dan Lagu Sekolah.

Kemudian,guru bertugas ,Pn Wan Suryani Wan Said menyampaikan amanat dan laporan berkaitan dengan aktiviti minggu lalu dan aktiviti minggu ini serta panduan dan nasihat bagi pembentukan kemenjadian murid melalui amalan disiplin yang baik.

Kelainan minggu ini ialah,satu program tazkirah telah diselit yang mana ianya disampaikan oleh Ustaz CW Fakhrul Anuar bin CW Abd Ghani berkaitan cara menghormati kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.Tazkiran selama 15 minit ini mengakhiri perhimpunan pagi.Tazkirah ini bagi menggantikan ucapan PK dalam majlis perhimpunan pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.