Khamis, 4 Julai 2013

PERTEMUAN IBUBAPA,MURID DAN GURU TAHUN 6 PERJELAS PENCAPAIAN TERKINI SEBELUM UPSR DIATUR UNIT KURIUKULUM

Surat aktiviti untuk ibubapa
 Ibubapa bersama murid duduk bersebelahan
 PK Kuriukulum  hadir sama
 Guru Besar,En Nor Azmi bin Muda berucap 
 Guru Besar memberi penerangan
Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan
 Ibu murid mendengar penjelasan dari Cikgu Zaki
PK 1 turut tertarik untuk mendengar sama perbincangan guru bersama ibubapa

Pada 4 Julai 2013,Khamis bermula jam 1045 pagi,Unit Kurikulum telah mengadakan pertemuan guru,murid bersama ibubapa murid-murid yang akan menghadapi UPSR.Pertemuan ini turut dihadiri oleh Tuan Guru Besar,En Nor Azmi bin Muda yang mana tuan Guru Besar memperjelaskan arahtuju pencapaian sekolah untuk murid UPSR tahun ini.

Selain dari penerangan tersebut,ibubapa juga diberi peluang untuk mendapatkan sendiri penjelasan tentang pencapaian anak-anak mereka melalui guru kelas dan guru matapelajarn mereka.Antara guru yang terlibat memberi penerangan pencapaian murid ialah Cikgu Mohd Zaki,Cikgu Noorazita Razali dan Teacher Sabariah.Program ini turut memberi peluang kepada ibuapa untuk menilai kesediaan sekolah dalam SARANA Ibubapa dan SARANA  Sekolah melalui edaran borang soal selidik.Program berakhir jam 1145 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.