Selasa, 23 Julai 2013

UJIAN PERCUBAAN UPSR DIJALANKAN DI RKT UNTUK MURID TAHUN 6

 Peperiksaan hari kedua
 Dalam bilik peperiksaan
 Murid menjawab soalan matematik
 Seorang calon 5A UPSR RKT
 Tenang.....meneliti soalan
 Murid menghadapi Ujian Percubaa
 Ujian biasa...murid tahun 5
Murid Tahun 4

Pada 22 Julai 2013,Isnin,Unit Kurikulum di bawah seliaan PK1 Pn Asmarani bt Abdullah telah mengadakan Ujian Percubaan UPSR untuk murid tahun 6 bagi sesi 2013.Seramai 26 orang murid terlibat dengan peperiksaan ini.Ujian kali ini dijalankan di dalam bilik darjah memandangkan dewan utama digunakan untuk tujuan perhimpunan solat berjemaah.

Ujian yang dijalankan ialah pada hari Isnin,kertas BM 1 dan 2 serta Matematik.Manakala pada hari Selasa cuma kertas Matematik 2 sahaja dijalankan.pada hari rabu pula ialah subjek Sains,dan BI kertas 1 dan 2.Soalan kali ini disediakan oleh pihak JPNT bagi menyelaras hasilan markah yang didapati.

Di RKT,murid tahap 2 iaitu murid tahun 4 dan 5 juga disediakan ujian bertulis untuk tidak mengganggu  perjalanan peperiksaan percubaan UPSR ini.Ianya diselaraskan mengikut jadual percubaan manakala soalannya pula ialah dari sumber yang mudah diperolehi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.