Rabu, 17 Julai 2013

PANITIA SAINS GUNA KHIDMAT JU SAINS CIKGU SHAIRUN BAGI MOTIVASI KEPADA MURID UPSR

 Slide program
 Memulakan penerangan.....
 Pengajaran bermula.....
 Murid tahun 6 yang hadir
 Murid perempuan....tekun dengar motivasi yang diberi
Cikgu Zaik sampaikan sumbangan kepada Cikgu Shairun

Pada 17 Julai 2013,Rabu jam 1000 pagi,Unit Kurukulum  bersama Panitai Sains telah menjemput JU Sains Daerah Kemaman iaitu Cikgu Shairun Muhyuddin bin Ibrahim dari SK Cheneh untuk menyampaikan ceramah motivasi cara menjawab soalan sains upsr 2013 ini.

Seramai 24 orang murid tahun 6 dan 9 rang murid tahun lima telah dibenarkan menyertai program ini yang bertujuan memperkukuhkan lagi pengetahuan murid tentang kaedah dan cara menjawab soalan sains di bahagian A dan bahagian B.

Program ini telah diadakan di dalam Makmal Komputer SKRKTST yang memberikan sedikit keselesaan murid merasai econd terutama di bulan Ramadhan ini.Turut mengikuti ceramah yang disampaikan ialah Pn Noorazita Razali Pengerusi Panitia Sains dan Cikgu Zaik,guru sains tahun 1 dan 4.Program berakhir jam 1200 tengahari dengan majlis penyampaian sumbangan ringkas oleh Cikgu Zaik kepada Cikgu Shairun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.