Rabu, 24 Julai 2013

PEGAWAI TEKNOPEN PKG CHENEH LAWATI PSS RKT UNTUK PEMANTAUAN 2013

 Pengisian borang pemantauan
GPM RKT diberi penerangan tentang Dongle

Pada 23 Julai 2013,Selasa jam 1000 pagi,RKT telah menerima kehadiran dua orang pegawai TEKNOPEN dari PKG Cheneh  yang hadir untuk membuat pemantauan perjalanan PSS di RKT.Kehadiran En Ahmad Rafhan dan En Badru Hishan telah disambut oleh GPM RKT iaitu Cikgu Mat Zaik.Kedua-dua pegawai ini kemudiannya ke Pejabat Sekolah untuk bertemu dengan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda.

En Rafhan dalam lawatan pemantauan ini turut mendedahkan kepada GPM cara penggunaan Dongle serta pembukaan email 1Bestarinet yang mana beberapa maklumat untuk disimpan perlu diuploadkan.Selain itu,perbincangan juga dilakukan antara GPM,Guru Perpustakaan dan Pegawai TEKNOPEN berkaitan kelebihan dan kelemahan PSS di RKT.Turut serta dalam perbincangan ini ialah Pn Zainab bt Mat Roka,Guru Perpustakaan RKT.

Lawatan pemantauan berakhir jam 1130 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.