Isnin, 15 Julai 2013

RKT BERSAMA PIBG ADAKAN SOLAT HAJAT UPSR PERDANA LIBATKAN IBUBAPA

 Selesai solat.....
 Antara guru dan bapa yang hadir
 Murid tahun 6 dan 5 lelaki
 Ibu,guru dan murid perempuan
 Mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad
 PK Ko bersma Ustaz Mohamad Daud {Kanan}
 Kaum wanita mendengar tazkirah
Suasana dalam dewan...

Pada 15 Julai 2013,Isnin bermula jam 745 pagi,ibubapa mula datang bersama anak-anak untuk menjayakan Program Solat Hajat Perdana UPSR 2013.Program ini ialah perancangan dari Unit Kurikulum yang diuruskan pula oleh Panitia Agama Islam sebagai aktiviti bulan Ramadhan.Kehadiran ibubapa disambut mesra oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah bersama Guru Besar En Nor Azmi bin Muda serta PK Ko En Ruzaidi bin Ibrahim.Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi PIBG Pn Zaimah Awang bersama AJK PIBG yang lain.

Pada jam 800 pagi,Ustaz Mohamad bin Daud Penceramah dari Tahfiz Al Faiz Pasir Gajah hadir disambut oleh Cikgu Mohd Fadzil bin Abdullah.Kemudian,majlis dimulakan dengan solat hajat dan diikuti dengan bacaan yassin.Kemudian,tuan Guru Besar menyampaikan ucapan ringkas mengalukan kehadiran ibubapa menjayakan program ini.

Selesai ucapan,majlis diteruskan dengan tazkirah ramadhan dan berkaitan kejayaan anak-anak dalam pelajaran yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad bin Daud.Kemudian,ibubapa yang hadir disedekahkan kurma dan air mineral sebagai tanda kehadiran dalam majlis ini.Majlis berakhir jam 1000 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.