Rabu, 27 April 2011

MENGHIAS RUMAH SUKAN....GURU SSUNGGUH

Pemandangan dari jauh
Wau bulan Rumah Biru
Pntu Gerbang Rumah Hijau
Bunga Manggar Rumah Sukan PRA Sekolah
Mercu Gerbang Rumah Merah

Pada 26 April 2011,Selasa,Semua Ketua Rumah sukan telah mengundi mendapatkan tempat letaknya rumah sukan masing-masing.Bermula jam 11.00 pagi,persiapan untuk menghias rumah sukan telah mula dilakukan oleh guru dan murid rumah sukan masing-masing.

Persaingan sengit ini menunjukkan betapa guru begitu bersemangat untuk memastikan sukan tahunan ini mendapat perhatian dan menentukan hiasan rumah masing-masing menjadi johan untuk kategori rumah sukan tercantik hiasannya tahun 2011.

Setelah diundi,Rumah Merah {Hang Lekir} di letakkan di bahagian tepi kiri,diikuti Rumah sukan Pra Sekolah,Kemudain Rumah Hijau {Hang TUah} dan di sebelah kanan pula ialah rumah Biru {Hang Jebat}.

Yang seronoknya,guru menghias rumah sukan ni sampailah pukul 630 petang.Antara guru yang dilihat ada sampai ke petang ialah Rumah Merah:Cikgu Zainon,Cikgu Ana dan Cikgu Mas.Rumah Hijau :Cikgu Sala,Ustazah Zainab dan Ustaz Zamli,Rumah Biru : Cikgu Rohaya,Cikgu Noorazita Cikgu Sabariah,Cikgu Marfa dan Cikgu Zaik,PRA : Cikgu Harun dan ibubapa.Ada guru yang langsung tak balik rumah .Ada yang balik datang semula jam 4 atau 5 petang.Itulah guru.Bersungguh dalam segala hal.Yang pasti,esok ialah Hari Sukan dan didoakan agar HUJAN tak turun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan