Ahad, 3 April 2011

MESYUARAT AGONG PIBG 2011

Banner Mesyuarat agung Pendaftaran sedang dijalankan
Kaum ibu yang hadir
PK 1 dan GB menanti dif jemputan
YB menyampaikan ucapan perasmian


Pada 31 mac 2011,PIBG sekolah ini telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya kali yang ke 25.Majlis Jubli Perak tersebut telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar,ADUN Ayer Puteh.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pn Rohani Jusoh,mewakili Pengurus FELDA Seberang Tayor,En.Abdul Ghani Samad,mewakili PPD Kemaman,Tn Hj Ramli bin Yusof,Pengetua SK Agama Rakyat ,AJK PIBG dan ibubapa.


Majlis yang bermulaj jam 3.00 petang telah diserikan dengan persembahan murid iaitu bercerita kisah nabi dan lagu Nasyid dari Kumpulan Rumah Al-Biruni.Turut menyampaikan ucapan dalam majlis ini ialah Pengerusi PIBG iaitu En Yusof bin Mat Ali,Tuan Guru Besar,En.Kamarudzaman bin Hashim dan perasmiannya pula telah disempurnakan oleh YB ADUN Ayer Puteh.


YB ADUN Ayer Puteh telah bermurah hati menyumbangkan sumbangan sebanyak RM2000.00 serta satu set sofa untuk kegunaan sekolah ini.Ibubapa juga turut berpeluang untuk memamerkan masakan tradisional dan berpeluang memenangi hamper sebanyak 35 buah sumbangan dari YB Ahli Parlimen Kemaman,dari Rakyat Perwira Ketengah Sdn Bhd dan dari Busana Anggung.Majlis berakhir jam 615 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.