Ahad, 10 April 2011

PERPUSTAKAAN SKRKT ST BERWAJAH BARU

Rak buku yang dilebelkan
Alas meja mesyuarat yang baru dipasang
Susunan kaunter yang mesra pelanggan
Kemudahan tempat membaca yang selesa
Selain mesyuarat,juga digunakan untuk P & P

Pada 7 April 2011,Khamis .Perpustakaan SK RKT Seberang Tayor di bawah kelolaan Pn Zainon Othman telah mengalami perubahan yang agak membanggakan apabila daya kreatif dan keupayaan AJk Perpustakaan dengan gagasan idea Tuan Guru Besar telah telah membawa perubahan dalam suasana penuh keceriaan.

Melalui peruntukan yang diberikan sebanyak RM500 kepada Pn Zainon,perpustakaan kini dihiasai indah dengan alas meja mesyuarat yang baru yang warnanya amat menarik.Selain itu susuna atur perabot juga lebih mesra pelanggan dan mesra pengguna.

Perpustakaan ini digunakan selain dari tempat pembelajaran,selain itu ia juga dijadikan sebagai tempat mesyuarat memandangkan sekolah ini tidak mempunyai bilik mesyuarat yang khas.Kemudahan seperti LCD,pembesar suara dan layar turut disediakan di bilik ini.Ini merupakan cetusan idea Tuan Guru Besar bagi membangkitkan kelainan suasana semasa bermesyuarat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.