Rabu, 13 April 2011

GUANE FC BERTEMU SKBINJAI FC PENUH MUHIBAH

Pemainan baru bermula Team Guane FC bersama SKBijnai FC Para pemain dari kedua-dua team.
Pada 12 April 2011,Selasa malam rabu,Team Guane FC dari SK RKT Seberang Tayor telah mengadakan perlawanan muhibbah bertemu dengan Team Futsal SKBinjai FC di gelanggang FUTSAL YB DUN AYer Puteh.


Perlawanan yang diatur oleh Cikgu Syed Amran bermula jam 10.00 malam dan berakhir jam 1130 malam.Antara Pemain Guane FC yang turun pada malam ini ialah Keeper Cikgu Zakey,Bek Cikgu Fakro dan Ustaz Zem,Pemain Tengah Cikgu Zaik,Penyerang kembar berbunuh iaitu Cikgu Fadzil dan Cikgu Syed Amran serta dua orang pemain baru iaitu Azmi Seberang Tayor dan Delli Kesihatan.


Manakala pemain dari SKBinjai FC pula antaranya ialah Cikgu Ahmad Embong,Cikgu Rizal,Ustaz Amri,Cikgu Din dan beberapa orang lagi.Permainan yang menghiburkan ini berakhir dengan Guane FC mendapat 17 gol dan SKBinjai FC pula mendapat 13 gol.Motto "Bermain untuk Kesihatan" masih lagi kekal dipertahankan memandangkan pada malam ini team Guane FC bermain agak konsisten,Keeper Cikgu Zakey kerap kali merebahkan badan bagi meyelamatkan bola manakala Cikgu Fadzil terus mempamerkan tendangan hebat menggegarkan jaring lawan. Walaubagaimanapun,ketiadaan pengurus pasukan En.LoQpi begitu terasa,namun berita gembira ialah GUANE FC MEnang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.