Ahad, 3 April 2011

LOGO BARU GUANE FC

LOGO GUANE FC TERKINI

Pada 3 April 2011,secara sahnya Kelab FUTSAL guru lelaki dari SK.RKT Seberang Tayor dipatermkan dan digunapakai di jersey yang akan dipertontonkan pada hujung minggu ini.Guane FC telah meletakkan tarikh penubuhannya iaitu pada tahun 2011,sebagaimana logo pada kelab-kelab ternama seperti AC Milan yang meletakkan tarikh penubuhan masing-masing.

Dengan lebar dan tingginya berukuran 3.7 inci,Logo Guane FC boleh digunapakai untuk ahli kelab sahaja iaitu guru-guru dari SK RKT Seberang Tayor.Kesungguhan yang dibuktikan ini adalah merupakan suatu cara memupuk semangat muhibbah guru-guru lelaki dari sekolah ini yang sentiasa menengahkan mottonya iaitu "Sukan Untuk Kesihatan".

Sebagaimana kata Pengurus Kelab Guane FC iaitu En.Ahamad Lotpi,diharap usaha murni ini akan terus mendapat sokongan dari semua warga SK RKT Seberang Tayor terutama yang bernaung di bawah MGK {Majlis Guru dan Kakitangan}.

Guru perempuan......sama-samalah menyokong gagasan GUANE FC ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.