Khamis, 21 April 2011

LATIHAN SUKAN KALI KE 26 BERMULA

Cikgu Syed Amran {Baju batik-Pengarah Teknik Sukaneka} berbincang dengan Cikgu Zaki



Murid bersedia dengan bola



PK1 Tn Hj Mohd Zor turut berminat melihat latihan murid

Pada 21 April 2011,Khamis,unit Kokurikulum melalui Setiausaha Sukan iaitu Cikgu Mohd Fadzil,telah mengadakan latihan sukaneka kali pertama yang melibatkan semua murid tahun satu hingga tahun enam.Latihan ini adalah untuk menjayakan sukan tahunan kali ke 26,2011.

Semua guru yang terdiri dari guru rumah Merah,Rumah Biru dan rumah Hijau telah turun padang melatih murid bagi memastikan murid memahami acara yang perlu dimainkan.Antara acara yang dilatih ialah acara isi air dalam botol,acara menyusun tin,acara lari dalam guni,acara lerek ring basikal,acara menyusun gelung rotan dan banyak lagi.Antara guru yang hadir melatih murid ialah Cikgu Marfazilia,Cikgu Rohaya,Cikgu Masalizawati,Cikgu Azlin,Cikgu Sabariah,Cikgu Rohana,Cikgu Salamiah,Ustaz Zamli,Ustaz Shahriza,Ustaz CW Fakro,Cikgu Mohd Zaki,Cikgu Mat Zaik ,Ustazah Zainab dan Cikgu Zainon.

Turut turun padang menyaksikan latihan berjalan lancar ialah PK Kokurikulum iaitu Pn Dorothy,PK Hem Pn Asmarani Abdullah dan PK1 Tn Hj Mohd Zor bin Ali.Selain itu penyelaras teknik permainan Cikgu Syed Amran b Tuan Padan turut berada di padang bagi memastikan acara yang dilatih dengan betul menepati kehendak.Acara latihan yang bermula jam 745 pagi berakhir jam 915 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.