Selasa, 3 Mei 2011

TEMASYA SUKAN KALI KE 26 2011

En.Mohd Haznan dan Tn Hj Aslam asyik melihat gelagat peserta sukaneka
Perbarisan rumah sukan 2011
Petugas bahagian hadiah...Pn Marfa dan Pn Mas
Acara Grand Prix bermula
Wakil PPD Kemaman,En Mohd Haznan menyampaikan hadiah

Pada 27 April 2011.Rabu bermula jam 745 pagi,Unit Kokurikulum sekolah ini telah mengadakan Sukan Tahunan Kali ke 26.Temasya sukan yang dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Aslam bin Jahangir Khan,Pengurus FELDA Seberang tayor turut dihadiri oleh wakil PPD Kemaman iaitu En Mohd Haznan bin Othman,YDP PIBG En Yusof bin Mat Ali dan OCS Balai Polis Air Puteh.Antara Guru yang hadir ialah PK1 Tn Hj Mohd Zor,PK HEM Pn Asmarani dan PK Ko Pn Dorothy bersama guru-guru lain.

Berbagai acara telah dipertandingkan dalam Temasya tahun ini,antaranya ialah acara sukaneka,acara padang dan balapan dan acara untuk ibubapa.Selain itu,ibubapa juga turut berpeluang membuat sumbangan melalui cabutan bertuah yang disediakan.Dianggarkan lebih dari 200 orang ibubapa yang hadir.

Semasa rehat,ibubapa juga dipersembahkan dengan pertunjukkan silat gayung dari Kumpulan Silat Gayung 9 dibawah ajaran En.Mazeli.Dalam pertandingan tahun ini,Rumah Hijau telah menjadi Johan keseluruhan,manakala Rumah Merah ditempat kedua dan Rumah Biru ditempat Ketiga.Majlis berakhir jam 2.00 petang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.