Isnin, 18 April 2011

RKT NAIB JUARA HOKI LELAKI DAERAH 2011

Pn Maslizawati mengawasi murid semasa rehat
Ketua pasukan hoki SKRKTST menerima medal dari wakil PPD
Pasukan hoki lelaki menjadi naib juara daerah Kemaman
Jurulatih,Cikgu Fadzil mengatur strategi kepada pemain
Antara orang kuat dari RKT
Pasukan hoki perempuan mendapat tempat ketiga

Pada 14 April 2011 Khamis bertempat di Padang SMK Bukit Mentok.Kemaman telah berlangsung Pertandingan Hoki Lelaki dan perempuan sekolah rendah peringkat Daerah Kemaman.Dalam pertandingan itu,SK RKT Seberang Tayor telah mewakili peringkat PKG Cheneh melalui dua pasukan iaitu Hoki Lelaki dan Hoki Perempuan.


Pasukan hoki dibawah bimbingan Cikgu Mohd Fadzil Abdullah bersama penolong jurulatih Cikgu Syed Amran Tuan Padang telah mencatat nama dalam peertandingan di peringkat PKG Cheneh apabila menjadi pasukan yang boleh mewakili PKG.Dalam pertandingan Hoki Peringkat Daerah Kemaman ini,pasukan hoki lelaki SK RKT Seberang Tayor telah dinobatkan sebagai naib juara manakala pasukan hoki perempuan pula telah dinobatkan sebagai tempat ketiga.Ini adalah rekod yang dipegang oleh sekolah ini melalui jurulatihnya iaitu Cikgu Mohd Fadzil dan Cikgu Syed Amran yang mengekalkan kecemerlangan hoki selama 9 tahun berada di sekolah ini.

Antara guru yang hadir memberi sokongan kepada pasukan haki sekolah ialah Cikgu Mohd Zaki bin Ramli,Cikgu Maslizawati A Wahad,Cikgu CW Fakro,Ustaz Zamli bin Ya dan Pak Ngoh Hussin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.