Selasa, 26 April 2011

GUANE FC MENERIMA KEPUTUSAN SEADANYA

Team lawan bersama GUANE FC dan PK1
Team GUANE FC bersama pasukan SKTKalong
Rembatan kencang Cikgu Fadzil
Berehat setelah selesai bermain
Pengurus Guane FC,Lopfi minum air tin....

Pada 25 April 2011,Isnin ,Kelab FUTSAL Guru SKRKTST,GUANE FC telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelab Futsal SKTkalong bertempat di Gelanggang FUTSAL Binjai.Perlawanan cukup muhibbah itu turut dihadiri oleh PK1 SK RKT Seberang Tayor Tn Hj Mohd Zor Ali yang datang khas untuk memberi sokongan kepada Kelab GUANE FC.

Dalam perlawanan yang agak konsisten itu,Kelab Guane FC telah bermain dengan teratur yang mana pada satu ketika GUANE FC telah mendahului 6 -3,namun kebisaan dan kelincahan kelab lawan menyebabkan pemain-pemain GUANE FC memberi laluan untuk pasukan tersebut mendahului sampai ke penamat iaitu 11 untuk lawan dan 7 untuk GUANE FC.

Antara pemain GUANE FC yang bermain malam ini ialah Cikgu Zaki sebagai Keeper,Ustaz CW Fakro dan Ustaz Zamli sebagai bek,Cikgu Syed Amran sebagai pemain tengah bersama EIO Hadi,Cikgu Fadzil,Cikgu Zaik dan EIO Lopfi sebagai penyerang.Dalam perlawanan ini,Cikgu Fdzil masih lagi mengekalkan momentennya dengan tendangan kencang bagi menjaringkan gol...tambahan pula Cikgu Fadzil berkasut NIKE baru.

Walaubagaimanapun,kehadiran PK1,Tn Hj Mohd Zor bin Ali tetap memberi semangat kepada GUANE FC,walaupun tewas namun tetap ceria apabila dapat bersama menikmati juadah air tin dan kek yang dibawa khas oleh PK1.GUANE FC mengucapkan terima kasih kepada PK1. Pemain bersurai dari gelanggang tersebut jam 1125 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.