Selasa, 10 Julai 2012

TEMU MESRA GB BERSAMA GURU KALI PERTAMA

Tuan Guru Besar mempengerusikan temu mesra dan taklimat GB kali pertama
Cikgu Zaki mencatat apa yang disampaikan dalam taklimat 

PK1 dan PK Ko antara yang hadir bersama guru-guru
Minum petang disponser oleh PK1Pn Asmarani Abdullah.....

Pada 10 Julai 2012,Selasa jam 125 petang telah diadakan satu sesi temu mesra Tuan Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong bersama PK dan guru-guru bagi memperkenalkan diri disamping menjalinkan hubungan kerja dengan semua guru.Majlis yang berlangsung dalam suasana harmonis diadakan di bilik perpustakaan sekolah.Selain dari memperkenalkan diri,tuan Guru Besar juga turut menyampaikan beberapa maklumat penting berkaitan kerjabuat guru dan berkaitan dengan pencapaian dan kesediaan sekolah dalam UPSR.

Selain itu turut dibincangkan beberapa penambahbaikan dalam aspek pentadbiran yang mana ianya menjurus kepada nilai positif disamping mewujudkan budaya kerja yang selari dengan kehendak KPM.Dalam majlis ini juga turut dimaklumkan tentang pemilihan sekolah ini dalam program I-Team yang melibatkan perubahan corak P & P pada tahun 2013 nanti.

PK 1,Pn Asmarani pula dalam taklimatnya turut menjelaskan hal ini yang mana ianya bakal memberi satu input baru kepada guru di sekolah ini melalui pemilihan sekolah ini sebagai sekolah yang terlibat dalam program ini.

Majlis berakhir jam 245 petang dengan jamuan ringan petang yang disumbangkan oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.