Selasa, 10 Julai 2012

SENAM ROBIK 1M1S1M DI RKT: KEHADIRAN GURU BESAR MENCERIAKAN SUASANA

Slide 1M 1S 1M
 Murid berkumpul untuk pendaftaran
 Pendaftaran murid oleh guru kelas terlibat
 Tuan Guru Besar bersama memberi sokongan jayakan program
 Murid dibawa masuk ke dewan mengikut kelas
 Taklimat ringkas program oleh Cikgu Fadzil
 PK Ko Pn Dorothy bersedia untuk bersenamrobik
 Pergerakan senamrobik oleh guru dan murid
 Lagi pergerakan yang dijalankan
 PK1 Pn Asmarani bersama jayakan senamrobik
Sesi menyejukkan badan...selepas senamrobik
 Penutup...ucapan tuan Guru Besar

Pada 10 Julai 2012,Selasa jam 800 pagi telah diadakan Program Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia di Dewan SKRKT Seberang Tayor.Program yang diuruselia oleh PK Kokurikulum Pn Dorothy bersama S/U Sukan Cikgu Mohd Fadzil Abdullah  disertai oleh semua murid dari Kelas Pra Sekolah ,Thn 1 hinggalah murid Tahun 6.Selain itu turut seeta ialah semua guru dan pekerja swasta sekolah.

Bermula jam 745 pagi,sesi pendaftaran murid telah diadakan bagi memastikan keterlibatan semua murid.Program yang diajalankan di seluruh negara ini turut diceriakan di sekolah ini dengan kehadiran Tuan Guru Besar iaitu En Mohd Saidi bin Embong .Selain itu PK1 Pn Asmarani Abdullah  turut ada bersama PK Ko Pn Dorothy menjayakan program ini.

Selesai pendaftaran,murid dibawa masuk ke dewan untuk sesi taklimat ringkas oleh S/U Sukan Sekolah iaitu Cikgu Mohd Fadzil sebelum sesi keregangan otot dijalankan.DEngan menggunakan LCD dan sistem siaraya yang diuruskan oleh EIO Ebook sekolah iaitu En Ahamad Lotfi bersama Cikgu Zaik,murid dipersembahkan dengan senamrobik secara life ke layar.Gerakan yang dijalankan sama-sama diikuti oleh murid dan guru yang dipimpin oleh Cikgu Fadzil dan Cikgu Harun.

Selesai pada jam 845 pagi,Program Senamrobik peringkat sekolah ini diakhiri dengan ucapan dari tuan Guru Besar.Murid kemudiannya dibenarkan berehati selama 10 minit untuk minum dan pembelajaran bermula seperti biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.