Selasa, 3 Julai 2012

MURID TAHUN 6 RKT JALANI OTI3 PRA UPSR

 Murid tahun 6 mula menjawab soalan
 PK HEM,En Mohd Asri hadir meninjau perjalanan ujian
PK 1 Pn Asmarani memantau murid menjalani ujian OTI3

Pada 3 Julai 2012,Selasa,seramai 32 orang murid tahun 6 UPSR sekolah ini telah menjalani ujian OTI3 ujian Pra UPSR.Ujian yang dijalankan bermula jam 8.00 pagi ini dijalankan secara pendekatan menghadapi ujian UPSR sebenarnya,dimana sebelum memasuki kelas murid diberi taklimat dan sedikit motivasi oleh guru bertugas iaitu Cikgu Marfazilia dan membaca doa.

Murid kemudiannya memasuki kelas dan diberi penerangan oleh PK HEM selaku penyelia peperiksaan yang dijalankan pada hari ini.Ini bagi membiasakan murid menghadapi situasi sebenar peperiksaan UPSR yang bakal mendatang tidak berapa lama lagi.

Turut serta hadir melihat perjalanan ujian OTI3 ini ialah PK 1 Pn Asmarani binti Abdullah yang memantau dan meninjau sendiri perjalanan permulaan ujian OTI3 ini.Murid mula menjawab soalan pada jam 815 pagi yang mana ianya diawasi oleh Cikgu Marfazilia dan Ustazah Zainab.

Ujian OTI3 ini akan berjalan selama 3 hari iaitu hari Selasa,Rabu dan Khamis.Guru yang mengawasi kelas ini ialah guru yang akan masuk mengajar di kelas tahun 6.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.