Sabtu, 14 Julai 2012

PROGRAM TEMU MESRA IBUBAPA MURID UPSR BERSAMA GB DAN PENTADBIR DAN GURU TAHUN 6

 Cikgu Zaki mempengerusikan majlis
 Kalangan ibu bapa bersama anak masing-masing
 Hadirin yang hadir
 PK Ko,PK 1 dan Guru Besar
 GB menyampaikan ucapan
 PK1 Pn Asmarani turut meyampaikan ucapan
Kalangan guru tahun 6

Pada 12 Julai 2012,Khamis jam 1045 pagi telah diadakan Majlis temumesra ibubapa murid UPSR bersama GB,Pentadbir dan guru matapelajaran tahun 6 di Dewan Sk RKT Seberang Tayor.Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Zaki antara lain bertujuan menemukan ibubapa dengan Guru Besar yang baru serta memberi maklumat tentang persediaan pihak sekolah menghadapi UPSR tahun ini.

Dalam majlis ini juga,Tuan Guru Besar,En Mohd Saidi bin Embong turut menyampaikan ucapan  dan pengharapan agar kejayaan dalam UPSR dapat  dicapai melalui kerjasama ibubapa dan pihak sekolah.Selain itu PK1 Pn Asmarani bt Abdulah turut menyampaikan taklimat kepada ibubapa.

Turut serta dalam program ini ialah PK Ko Pn Dorothy,guru tahun 6 iaitu Pn Salamiah,Pn Maslizawati,Pn Marfazilia,Teacher Sabariah,Pn Norazita dan Cikgu Razali sendiri.

Setiausaha UPSR Sekolah,Cikgu Mohd Razali bin Mat Hussin pula turut menyampaikan taklimat berkaitan pencapaian murid UPSR dalam OTI yang lalu serta hala tuju murid dalam menghadapi UPSR yang akan berlangsung pada bulan September nanti.Majlis berakhir jam 1145 pagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.