Ahad, 15 Julai 2012

PERHIMPUNAN PERTAMA GB BERSAMA MURID

 Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan
 Guru segak berkot ...setiap hari Ahad perhimpunan
 Cikgu Harun...guru bertugas
Tuan Guru Besar {kiri} bersama PK HEM

Pada 15 Julai 2012,Ahad seperti biasa perhimpunan pagi dijalankan di RKT.Perhimpunan hari ini adalah merupakan perhimpunan Pagi Ahad Pertama dihadiri oleh Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong.Turut berada di dalam perhimpunan ini ialah PK1 Pn Asmarani bt Abdullah,PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid,PK Ko Pn Dorothy dan guru-guru.

Dalam perhimpunan ini,sedikit perubahan telah dilakukan dimana guru bersama pentadbir diminta memakai kot ataupun jaket jabatan bagi menampakkan ketrampilan sesuai dengan peranan guru sebagai pendidik.Penulis rasa kagum dengan kesegakan para guru berpakaian begini pada setiap hari Ahad.

Dalam perhimpunan hari ini,guru bertugas,Cikgu Harun telah menyampaikan beberapa input yang berkaitan dengan murid serta memaklumkan kepada semua warga tentang peristiwa yang dijalankan pada minggu lepas.Selain itu PK HEM dan Tuan Guru Besar turut menyampaikan beberapa amanat untuk dijadikan panduan buat semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.