Ahad, 15 Julai 2012

MOTIVASI PELAJAR: UNIT KURIKULUM JAYAKAN BERSAMA PIBG

Murid bersedia untuk mendengar apa yang bakal disampaikan
Dua orang motivator dalam program ini
Motivator pertama adik Norizati Hanum
Suasana dalam majlis yang melibatkan murid tahun 6
PK 1 Pn Asmarani bersama motivator
 
Pada 15 Julai 2012,Ahad jam 1045 pagi,Unit Kurikulum di bawah Pn Asmarani bt Abdullah bersama PIBG telah mengadakan Motivasi Pelajar untuk murid tahun 6 UPSR 2012.Program motivasi yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar merasai kejayaan untuk belajar di MRSM ini telah diusahakan oleh Unit Kurikulum dengan kerjasama PIBG yang mana dalam motivasi ini,ianya disampaikan sendiri oleh bekas pelajar sekolah ini yang berjaya belajar di MRSM Kuantan iaitu Adik Norizati Hanum binti Yusoff.

Selain itu turut bersama ialah seorang lagi motivator yang belajar di UITM yang dibawa khas oleh PIBG untuk memberi motivasi kepada murid tahun 6 sekolah ini.Turut hadir dalam program ini ialah guru-guru tahun 6,PK 1 Pn Asmarani bt Abdullah,YDP PIBG En Yusoff bin Mat Ali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.