Rabu, 11 Mei 2011

MOTIVASI FELDA: MURID BEGITU TERUJA

Kertas kerja motivasi Felda
Murid melakukan aktiviti


Pelbagai ragam dalam program ini


Murid berkumpul


Pada 11 Mei 2011,Rabu bermula jam 800 pagi,Program Motivasi Felda telah di adakan di sedolah ini untuk murid tahun 6.Program yang dianjurkan oleh FELDA Seberang Tayor,Kemaman di bawah Program Tuisyen STF ini dikendalikan oleh 8 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan staf dan kakitangan FELDA .

Program ini melibatkan kesemua murid tahun 6 iaitu seramai 37 orang yang diadakan di Dewan SK.RKT Seberang Tayor.Turut memantau program yang dijalankan ini ialah Tuan Guru Besar SKRKT Seberang tayor,En.Kamarudzaman bin Hashim dan Pengurus FELDA iaitu Tn Hj Aslam bin Jagangir Khan.

Program yang diisi dengan pelbagai slot menghiburkan ini amat menarik minat murid dan ianya mendapat kerjasama dari guru kelas tahun enam iaitu Pn Noorazita Razali dan Pn Rohana Hassan.Peserta program ini disediakan jamuan makan tengahari dan program ini berakhir jam 445 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.