Selasa, 10 Mei 2011

PROGRAM JANA MISI AKADEMIK : SAINS

Cikgu Shairun menyampaikan taklimat
Bersama murid menerangkan cara menjawab soalan
Antara murid yang terlibat

Pada 10 Mei 2011,Program Jana Akademik di bawah Pk1,Tn Hj Mohd Zor Ali telah mengadakan Program Penerangan Menjawab Soalan Sains yang disampaikan oleh Fasilitator dari SK Cheneh Baru iaitu Cikgu Shairun Mahyuddin bin Ibrahim.

Program yang dikelolakan oleh JK Jana 7 iaitu Cikgu Mat Zaik,Cikgu Rohana dan Cikgu Zaki ini bermula jam 1045 pg dan berakhir jam 1245 tgh.Seramai 70 orang murid yang terdiri dari murid tahun 5 dan 6 terlibat dalam program ini.

Antara guru Sains yang hadir mendengar taklimat ialah Cikgu Noorazita,Cikgu Zainon,Cikgu Marfazilia dan Cikgu Mat Zaik.Melalui penerangan yang disampaikan,AJK Jana yakin pemahaman murid terhadap cara menjawab soalan Sains dalam peperiksaan semakin bertambah.AJK Jana 7 mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.