Rabu, 11 Mei 2011

MESYUARAT GURU KALI KE TIGA 2011

Kalangan guru wanita yang hadir
Ustaz Zamli meneliti catatan minit
Tuan Guru Besar menyatakan sesuatu semasa mesyuarat


Pada 10 Mei 2011,Selasa bermula jam 1.20 tgh,telah diadakan mesyuarat Guru dan kakitangan kali ketiga di bilik mesyuarat iaitu di Perpustakaan Sekolah.Mesyuarat yang dipengerusukan oleh Tuan Guru Besar,En.Kamarudzaman bin Hashim turut dihadiri oleh semua penolong kanan dan guru serta kakitangan.

Dalam mesyuarat tersebut beberapa perkara telah dinyatakan oleh Tuan Guru Besar bagi memantapkan lagi pentadbiran sekolah serta meningkatkan lagi pencapaian dalam P & P.Antara yang disentuh oleh Tuan Guru Besar ialah tentang tugas guru,tentang kehadiran,tentang tanggungjawab guru,keberhutangan dalam peminjaman kewangan,surat pekeliling dan lain-lain.

Selain itu,semua penolong kanan telah menyampaikan taklimat masing-masing dalam mesyuarat ini.Turut disentuh ialah tentang pertukaran Cikgu Syed Amran ke SK Pasir Gajah yang mana dalam ucapan Tuan Guru Besar mengucapkan berbanyak terima kasih atas khidmat yang dicurahkan oleh Cikgu Syed sepanjang 10 tahun berada di sekolah ini dan berharap Cikgu Syed Amran akan terus sukses di Sk Pasir Gajah.Mesyuarat hari ini berakhir jam 4.00 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.