Khamis, 5 Mei 2011

SERONOK BACA BORANG KAJIAN SSS YANG DITULIS GURU DI SEKOLAH

Timbunan borang yang dihantar oleh guru dan kakitangan menunggu untuk dianalisis.
Cikgu Salamiah memerhatikan butiran yang perlu dianalisis.


Pada 4 Mei 2011,sekolah ini telah mengadakan Kajian SSS bagi mengenalpasti kepuasan guru dan kakitangan melalui butiran yang terdapat di dalam borang kajian yang diedarkan.Kajian ini melibatkan semua guru dan kakitangan sekolah yang diuruskan oleh Cikgu Mat Zaik Mohd Yusof dan Cikgu Salamiah bt Jusoh.

Kajian yang dijalankan ini adalah merupakan tindakan susulan melalui surat yang diedarkan 0leh JPNT dan dapat diaksess borangnya melalui laman web JPNT.Cikgu Zaik telah mengagihkan borang kajian manakala Cikgu Sala pula ditugaskan membuat analisis penyataan yang dihantar oleh guru dan kakitangan di Borang B.Hasil kajian perlu dihantar pada 5 Mei 2011 .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.