Selasa, 3 Mei 2011

KELAB GUANE FC BERMAIN LAGI

Pasukan lawan bersedia untuk permainan
Pemain Guane FC
Rakaman pemain Guane Fc dan Belia Seberang Tayor
Lagi gambar sebelum permainan bermula


Pada 2 Mei 2011,Isnin malam Selasa,Kelab FUTSAL SKRKTST iaitu Guane FC telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Belia Seberang Tayor bertempat di Gelanggang FUTSAL Binjai.Permainan yang bermula jam 900 malam ini merupakan perlawanan biasa yang mana Kelab Guane FC telah menempah gelanggang setiap minggu bagi maksud untuk mengadakan perlawanan.

Dalam perlawanan penuh muhibbah ini,Pengurus Guane FC iaitu En Ahamad Lopfi telah dipinjam oleh pasukan Belia Seberang Tayor bersama En Hadi.Dengan jumlah gol yang tidak dapat dicatatkan pada malam ini,perlawanan agak hebat dengan serangan balas gol dari pasukan Guane Fc dan Pasukan lawan.Perlawanan berakhir jam 1030 malam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.