




Pada 2 Januari 2014 Khamis,RKT telah mengadakan Program Transisi Tahun 1 yang melibat murid tahun 1 seramai 23 orang.Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang
telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri
dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun
di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu. Adalah diharapkan
kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi,
persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia
meneruskan pembelajaran di sekolah.
Aturcara Pembukaan Program Transisi
1. Bacaan doa - Ustaz Zulkifli bin Ibrahim
2. Ucapan Alaun Pengerusi majlis - En Mohd Zaki bin Ramli
3. Ucapan Guru Besar - En Nor Azmi bin Muda.
3. Taklimat PK1 - Pn Asmarani bt Abdullah
4. Ucapan Penyelaras Tahun 1 - Pn Syazwina bt Abdullah
Tuan Guru Besar juga mengalu-alukan kedatangan ibubapa murid Tahun Satu ke
SK RKTST. Beliau menegaskan kehebatan anak-anak tidak bergantung kepada sekolah
semata-mata, ia berkesinambungan daripada didikan di rumah. Program ini dapat
dijalankan dengan jayanya sekiranya mendapat sokongan dari semua pihak
terutamanya ibu bapa.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan