Selasa, 21 Januari 2014

LAWATAN PENGARAH PENDIDIKAN TERENGGANU KE RKT MENINJAU KERJA PEMBERSIHAN SELEPAS BANJIR



 Tuan Pengarah bersama pengurusan RKT
Tuan Pengarah bersama Pegawai JPNT

Kenderaan jabatan

PK1 Pn Asmarani bersama Pengarah

Pada 24 Disember 2013,RKT yang menghadapi banjir yang teruk telah dilawati oleh Tuan Pengarah Pendidikan Terengganu En Zakaria bin Hussin bersama pegawai dari JPNT bagi meninjau sendiri kesediaan sekolah ini melakukan kerja pembersihan sekolah bagi memastikan sekolah ini dapat dibuka pada 1 Januari 2014.

Kehadiran Tuan Pengarah Pendidikan Terengganu telah disambut oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah bersama kakitangan sekolah iaitu Pn Siti Zubaidah bt Mohamad dan Pn Norhafizah.Lawatan ini juga adalah bagi memastikan sekolah ini bersedia untuk menerima tetamu iaitu Dato Hj Mazlan bin Mohamad,  Pengarah Bahagian Sekolah Harian KPM bersama kru RTM pada 1 Januari 2014.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.