Rabu, 5 Februari 2014

RKT ANJUR PERARAKAN MAULIDUL RASUL LIBATKAN KOMUNITI FELDA

GAMBAR-GAMBAR SEMASA PROGRAM MAULIDUL RASUL 1435

Pada 30 Januari 2014,RKT telah mengadakan Majlis Perarakan Maulidul Rasul 1435 peringkat sekolah dan komuniti yang mana perarakan ini telah mendapat persetujuan Pengurusan FELDA untuk dilakukan secara bersama.Turut serta hadir dalam perarakan ini ialah Pengurus FELDA En Jamil bin AbbasmTuan Guru Besar RKT En Nor Azmi bin Muda,Guru Penolong Kanan,serta Pengerusi JKKK Felda Tn Hj Jalil bin Ismail.

Majlis Perarakan maulidul rasul yang dijalankan pada hari Khamis melibatkan semua murid dan guru serta PIBG manakala komuniti pula melibatkan para ibubapa dan penguruasn FELDA Seberang Tayor.Majlis dimulakan dengan perhimpunan dan taklimat pada jam 820 pagi yang disampaikan oleh Ustaz Zulkifli dan perarakan bermula jam 830 pagi yang didahului oleh barisan pentadbiran FELDA, ibubapa,guru dan murid-murid.

Perarakan tiba jam 900 pagi di masjid Seberang Tayor dimana semua yang hadir menjamu selera sarapan pagi yang disediakan.Majlis kemudian dimyulakan dengan ucapan aluan,ucapan Tuan Guru Besar dan Ceramah maulidul rasul oleh Penceramah Jemputan Ustaz Zulkifli bin Ahmad.

Selesai ceramah,murid diperdengarkan alunan nasyid oleh persembahan kumpulan nasyid sekolah dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.Majlis kemudian diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pihak Pengurusan FELDA Seberang Tayor.Majlis berakhir jam 1245 tengahari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.