Isnin, 20 Januari 2014

KERJA PEMBERSIHAN SEKOLAH MELIBATKAN ANGGOTA BOMBA DAN TENTERA PADA 14 DIS 2013

 Menyusun peralatan yang terkena banjir
 Suasana selepas banjir......
 Kerusi dan meja......
 Kehadiran anggota tentera
 Membersihkan makmal komputer
 Laluan ke Pejabat Sekolah....
 GB...membersihkan makmal sains
 Makmal sains...dan nampak tak berselut
 Pelajar KUIS turut serta
Hidangan tengahari....

Pada 14 Disember 2013,kerja pembersihan kawasan sekolah yang dijalankan hari ini melibatkan guru-guru,anggota tentera,pasukan bomba,pengerusan FELDA,ibubapa dan pelajar dari KUIS.Kerja pembersihan bermula pada jam 900 pagi apabila pasukan bomba mula tiba bagi membantu menyedut air,manakala guru dan pelajar KUIS pula mula mengemaskan barang yang perlu diasingkan untuk memudahkan kerja pembersihan selut yang dianggarkan setebal hampir 3 hingga 6 inci.

Kehadiran hampir 50 orang anggota tentera amatlah membantu kami warga sekolah apabila para anggota tentera memulakan tugas menyemburkan air  ke beberpa bilik yang diseliputi selut yang tebal.Antara bilik yang dapat dibersihkan hari ini ialah Makmal Komputer,makmal sains,bilik khas seperti KH dan Pemulihan serta 6 bilik darjah.

Turut memainkan peranan ialah Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda apabila mengambil kesempatan membantu menyemburkan air di makmal sains,manakala PK Ko kurikulum pula merancang mengalihkan kerusi meja dengan bantuan pelajar KUIS.Kerja pembersihan hari ini tamat pada jam 300 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.