Rabu, 1 Januari 2014

BERITA TENTANG RKT DI SINAR HARIAN

  • Banjir: Dua sekolah terjejas terukAhmad bersama isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud (kiri) dan Rohani turut membantu membersihkan peralatan SK RKT Felda Seberang Tayor ketika meninjau sekolah itu semalam.
 1 / 1 
KEMAMAN - Sekolah harian di dua daerah negeri Pantai Timur iaitu di Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang terjejas teruk selepas hampir 100 peratus peralatan sekolah musnah ditenggelami banjir.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Datuk Mazlan Mohamad berkata, dua daerah itu adalah yang paling teruk terjejas akibat bencana itu.

"Selain Pahang dan Terengganu, negeri yang turut dilanda banjir adalah Johor, Kelantan dan Melaka. Namun kerosakan peralatan sekolah di daerah-daerah di negeri lain tidaklah sedahsyat di Kuantan dan Kemaman.

“Jadi kelmarin (Jumaat) saya datang ke Kuantan meninjau keadaan sekolah yang terjejas serta berjumpa dengan pihak pengurusan sekolah di sana bagi membincangkan anggaran kerosakan dialami dan hari ini (Sabtu) saya ke Kemaman pula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Felda Seberang Tayor, semalam.

 Mengulas lanjut katanya, laporan anggaran ganti rugi dan penambahbaikan sekolah hasil dari lawatan yang dilakukan itu akan disampaikan kepada Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dinilai, agar peruntukan dapat diluluskan.

Mazlan berkata, pihak kementerian menghargai usaha warga sekolah yang bertungkus lumus membersihkan sekolah bersama agensi kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pasukan bomba dan penyelamat dan sukarelawan dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang turut meninjau keadaan sekolah itu berkata, walaupun banjir di daerah ini telah pulih beberapa hari lalu, namun kerja-kerja membersih bangunan kerajaan termasuk sekolah dan rumah terbantut kerana tekanan air rendah.

“Penggunaan air ketika ini melebihi kapasiti yang ada, jadi tekanannya menjadi rendah kerana selepas banjir surut banyak bangunan dan rumah disaluti lumpur,” katanya.

Ditanya mengenai rumah penduduk kampung yang rosak teruk akibat banjir, kata beliau, pihaknya akan membuat bancian mengenainya.

“Sekiranya terdapat rumah roboh atau rosak, kerajaan negeri sedia menimbang untuk menggantikan rumah PPRT (Program Perumahan Rakyat Termiskin) yang baharu kepada mereka,” katanya yang turut membersihkan sekolah bersama Ahli Dewan Negara, Senator Rohani Abdullah dan Guru Besar SK RKT Felda Seberang Tayor, Nor Azmi Muda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.