Isnin, 20 Januari 2014

SEKITAR GOTONG ROYONG BERSIH SEKOLAH BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI MALAYA

 Anggota Bomba dan pelajar UM
 Memulakan kerja penyemburan
 Sumbangan dari UM
 Membersihkan kelas
 Wakil PPD Kemaman bersama berbincang
 En Nor Azmi bersama Pengurusan FELDA
 PK1 menerima sumbangan
 Banner
 Takliman selepas selesai kerja pembersihan
PK1 bersama siswa dan siswi UM

Pada 22 Disember 2013,RKT telah menerima kunjungan para sukarelawan dari Universiti Malaya yang hadir di bawah pengurusan FELDA untuk turut sama membantu membersihkan kawasan sekolah yang ditenggelami banjir.

Kehadiran sukarelawan ini turut diatur oleh Pejabat Parlimen Kemaman serta Bilik Gerakan Banjir Daerah Kemaman,yang mana kehadiran para sukarelawan ini seramai hampir 40 orang telah disambut oleh pihak pengurusan sekolah yang diketuai oleh Tuan Guru Besar En Nor azmi bin Muda serta PK 1 Pn Asmarani bt Abdullah.

Antara tugas yang dilakukan ialah membersihkan sakibaki kekotoran yang ada serta membersihkan bilik darjah dan menyusun atur semula perabot yang boleh digunapakai.Turut serta hadir ialah Pengurusan FELDA dan wakil PPD Kemaman En Mahzan serta wakil Parlimen Kemaman Cikgu Syed Shaharzi.

Selain itu pihak UM turut menyampaikan bantuan untuk sekolah ini.Bantuan diterima oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.