Selasa, 20 Ogos 2013

PERHIMPUNAN PERTAMA SELEPAS BERCUTI RAYA 2013

 Murid ceria beratur
Guru lelaki segak berkot 
 PK1 menyampaikan ucapan
 Guru wanita yang hadir
Murid mendengar ucapan

Pada 18 Ogos 2013,Ahad,RKT telah mengadakan perhimpunan pertama selepas bercuti Raya Aidil Fitri dan Cuti Pertengahan Penggal Kedua selama 12 hari.Perhimpunan hari ini tuyrut dihadiri oleh PK Pentadbiran Pn Asmarani bt Abdullah,PK HEM Pn Dorothy dan PK Ko En Ruzaidi.

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu serta ucapan dari guru bertugas iaitu Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof.Antara yang disampaikan ialah ucapan terima kasih atas penglibatan kaum ibu dan kaum bapa dalam program Ihya Ramadhan Khatam Quran,pembentukan disiplin murid,keceriaan dan kebersihan kelas dan pemakaian tali leher.

Kemudian disusuli pula oleh Ucapan oleh Pn Asmarani bt Abdullah yang banyak memberi nasihat kepada murid berkaitan dengan tingkahlaku dan persenoliti murid serta menyentuh persediaan murid UPSR.Perhimpunan diakhiri dengan penyampaian maklumat guru bertugas minggu ini.Perhimpunan pertama selesai jam 815 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.