Ahad, 25 Ogos 2013

PERHIMPUNAN PAGI AHAD: 4 MURID TERIMA ANUGERAH BINTANG KEJAYAAN DALAM UJIAN PERCUBAAN UPSR 2013

 Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan
 Murid tekum mendengar ucapan
 Murid 5A,Nur Shafika terima hadiah bintang dan sebuah jam tangan
 Normaizurah Hamsa terima lencana hadiah bintang 4A
 Nur Eliana Shamimi terima anugerah bintang 4A
 Arif Afzal terima anugerah bintang 4A
 Kalangan guru wanita
kalangan guru lelaki

Pada 25 Ogos 2013,RKT telah mengadakan perhimpunan kedua buat penggal ini.Dalam perhimpunan ini,tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda telah menyampaikan ucapan yang menyentuh tentang kemenjadian murid dan mengharapkan amalan yang telah digariskan dalam elemen kemenjadian murid dapat diterapkan dikalangan murid.

Dalam perhimpunan ini juga,Tuan Guru Besar turut menyentuh tentang persediaan murid untuk menghadapi UPSR yang hanya tinggal hampir 15 hari sahaja lagi.Selain itu dalam majlis ini juga,Unit Kurikulum pimpinan Pn Asmarani bt Abdullah PK1 telah menyediakan hadiah kecemerlangan murid dalam peperiksaan percubaan UPSR yang lalu,yang mana hadiah ini telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar,En Nor Azmi bin Muda sendiri kepada 4 orang murid iaitu hadiah mendapat 5A kepada Adik Nor Shafika bt Affendi  berupa sebuah jam dan lencana bintang 5A.Selain itu hadiah lencana bintang 4A turut diberikan kepada 3 orang murid yang berjaya.Majlis berakhir jam 815 pagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.