Khamis, 22 Ogos 2013

WARGA RKT HADIR MAJLIS RAYA ANJURAN FELDA SEBERANG TAYOR 2013

 Tuan GB bersama def utama menikmati hidangan
 Pengurus FELDA En Jamil bersama Pengarah FELDA Terengganu
 Cikgu Zaki sedang makan nasi minyak
 Ibubapa dan murid yang hadir
 Cikgu Zaki,Zaik,Cikgu Ruzaidi dan Fadzil
Murid terima duit raya 

Pada 20 Ogos 2013,Selasa ,Warga RKT telah diundang turut serta meraikan Jamuan hari Raya yang dianjurkan oleh Pengurusan FELDA Seberang Tayor Kemaman.Majlis yang bermula jam 1100 pagi ini telah dihadiri oleh Pengurus Besar FELDA Wilayah Timur.Ini bersesuaian dengan program SARANA Ibubapa dan Sekolah serta penglibatan guru dalam komuniti.

Bertempat di Dewan Serbaguna FELDA,Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda bersama PK kokurikulum En Ruzaidi bin Irbahim serta Cikgu Mat Zaik,Cikgu Mohd Fadzil dan Cikgu Mohd Zaki telah hadir meraikan jamuan hari raya ini.Kemudian,secara berperingkat-peringkat,guru-guru RKTdi ketuai oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah hadir bersama semua murid tahap 2 yang terdiri dari murid tahun 4,5,6 .Murid-murid ini telah di bawa ke Dewan Serbaguna ini dengan menaiki kereta guru sebanyak 13 buah.

Murid tahap 1 pula di bawa oleh ibubapa masing-masing ke deswan ini.Antara hidangan yang ada ialah,ketupat,lemang,tapey,nasi minyak,kueh mueh dan sebaginya.Murid ang hadir telah disumbangkan RM2.00 seorang sebagai duit raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.