Ahad, 25 Ogos 2013

TN HJ MAHADZIR BIN MOHAMAD,KAUNSELOR PPD KEMAMAN HADIR TEMUI MURID UPSR RKT 2013

 Memulakan ucapan......
 Mendekatkan diri dengan murid.......
 PK1 dan Guru Tahun 6 hadir sama
 Murid memberikan perhatian....
 Penerangan yang jelas dan bermatlamat.....
Buku Pelawat

Pada 25 Ogos 2013,jam 915 pagi,RKT telah dikunjungi oleh Kaunselor PPD Kemaman iaitu Tn Hj Mahadzir bin Mohamad yang disambut oleh Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda.Selepas menandatangani buku pelawat,Tn Hj Mahadzir telah diiringi oleh Tuan Guru Besar untuk menemui murid UPSR seramai 27 orang.

Tn Hj Mahadzir telah meluangkan masa untuk bersama murid UPSR dan menyampaikan amanat dan panduan kepada murid UPSR berkaitan dengan persediaan untuk menghadapai UPSR yang bakal diadakan pada 10 September ini.Turut serta dalam majlis pertemuan ini ialah PK1 Pn Asmarani binti Abdullah dan Cikgu Mohd Zaki bin Ramli,Guru BM tahun 6.Majlis selesai jam 1030 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.