Khamis, 1 November 2012

MESYUARAT JK PIBG SKRKTST BINCANG PELBAGAI AGENDA

 Tuan Guru Besar bersama YDP PIBG {hadapan kanan}
 Cikgu Zaki {kanan},Ustaz Zul dan Ustaz Fakro
 AJK dikalangan ibu
 Kalangan pentadbir sekolah
 AJK dikalangan lelaki
En Baharom dan En Yusof {kiri}

Pada 31 Okt 2012,Rabu telah diadakan mesyuarat JK PIBG SKRKTST.Mesyuarat yang pertama kali dihadiri oleh Tuan Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong  ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Makmal ICT sekolah ini.

Mesyuarat yang diadakan ini adalah untuk membincangkan pelbagai agenda serta memaklumkam pelan perancangan sekolah bagi menghadapi persekolahan tahun 2013.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YDP PIBG En Yusof bin Mat Ali turut disertai oleh kepimpinan pentadbiran sekolah yang terdiri dari Guru Besar,PK 1 Pn Asmarani,PN HEM Cikgu Mohd Asri dan PK Ko Pn Dorothy.AJK lain yang hadir dikalangan ibubapa ialah En Baharom Said,En Yusof bin Salleh,Pn Rohani,Pn Wan Khaziah,Pn Noraini manakala dikalangan AJK guru ialah SU Cikgu Razali,Bendahari Cikgu Zaik,AJK Cikgu Zaki,Cikgu Maslizawati,Ustaz Zulkifli dan Ustaz Fakro.

Ini dalah mesyuarat kali pertama PIBG didadakan di bilik ini yang memang sesuai dengan kemudahan aircond dan LCD dan penggunaan komputer.Selain itu ianya juga memberi keselesaan mesyuarat kerana bebas dari kebisingan situasi persekolahan.Mesyuarat berakhir dengan jamuan ringan di kantin sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.