Selasa, 20 November 2012

UPSR 2012: RKT LAHIRKAN 5 ORANG MURID DAPAT 5A

 Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan aluan Majlis Pengumuman Keputusan UPSR peringkat Sekolah
 Murid dan ibubapa yang hadir
 Siti Aisyah Kamaruzzaman...mendapat 5A
 Luqman harith azzamuddin bin Jamaluddin...5A
 Mohd Amirul Mahzar b Zulkifli...5A
 Murid menerima slip keputusan
 PK1 Pn Asmarani menyempurnakan penyerahan slip UPSR kepada semua murid
 Pn Sala,Pn Zita dan Pn Saba...guru tahun 6 2012
3 dari 5 murid yang dapat 5A

Pada 19 Nov 2012,Isnin jam 1030 pagi,sekolah ini turut mengadakan majlis pengumuman dan penyerahan slip keputusan peperiksan UPSR 2012.Seramai 5 orang murid sekolah ini telah berjaya mendapat 5A.Murid tersebut ialah Luqman Harith Azzamuddin bin Jamaluddin,Mohd Amirul Mahzar bin Zulkifli,Siti Aisyah bt Kamariuzzaman,Mohd Alif Aiman bin Roslan dan Mahadi Mustafa.

Manakala yang mendapat 4 A pula ialah seramai 2 orang dan 3A pula ialah 2 orang.Majlis penyerahan slip ini diadakan di dewan sekolah yang mana slip keputusan yelah disampaikan oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah.Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong,PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid,PK Ko Pn Dorothy serta guru tahun 6.

Dalam majlis ini juga PIBG telah menyumbangkan sumbangan sebanyak 680 ringgit kepada semua yang mendapat A dalam semua subjek.Peratus kelulusan tahun ini ialah 77.50 peratus dengan GPS sebanyak 2.10.Kepada semua murid penulis ucapkan syabas dan teruskan perjuangan dalam mencari ilmu ke arah kejayaan.

1 ulasan:

Sambutan Hari Jadi Murid.