Khamis, 1 November 2012

MESYUARAT GURU KALI KE 5: PENUTUP TAHUN 2012

 Sebelum memulakan mesyuarat
 Guru Besar bersama barisan pentabdir di bahagian hadapan
 Ustaz Zulkifli........
 Cikgu Wanita yang hadir bersama Cikgu Zaki
 Tuan Guru Besar memperkatakan sesuatu kepada Cikgu Asri,PK HEM
 Guru Besar menyampaikan Cenderahati dari YB Ahli Parlimen Kemaman  kepada PK 1.
Cikgu Zaik turut menerima cenderahati sempena hari lahir bulan Nov

Pada 1 November 2012,Khamis ,Pentadbiran sekolah bersama guru-guru telah mengadakan mesyuarat guru kali ke 5 iaitu mesyuarat bagi penutupan tahun 2012 ini.Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat makmal ICT ini dihadiri oleh semua guru kecuali Cikgu Fadzil,Cikgu Harun dan Ustazah Siti Sara yang mempunyai urusan lain.

Dalam mesyuarat ini,pelbagai agenda telah dibincangkan bagi penambahbaikan pentadbir dan guru dalam kerjabuat seharian seperti penyediaan fail,persiapan banjir,program akhir tahun dan lain-lain lagi. Mesyuarat guru kali ini telah dicatatkan oleh Setiausaha Mesyuarat Guru bagi tahun 2012 iaitu Pn Zainab btt Mat Roka.Dalam mesyuarat ini juga turut diselitkan pemberian cenderahati dari YB Ahli Parlimen Kemaman untuk beberapa orang guru sempena hari lahir.Ianya disampaikan oleh Tuan Guru Besar.Mesyuarat berakhir jam 230 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.