Selasa, 30 Oktober 2012

KEM MEMBACA 1MALAYSIA : RKT TURUT SERTA ADAKAN















Bermula 21 Okt hingga 24 Okt 2012,sekolah ini turut serta menjayakan Program Kem Membaca 1Malaysia {KM1M 2012}.Program ini dimulakan pada hari Ahad dengan mengadakan majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong.Dalam majlis ini juga telah diadakan program memperkenalkan buku baru untuk dibaca kepada murid.Sebanyak hampir 50 buah buku baru pelbagai tajuk dan jenis telah diperkenalkan kepada murid.Murid diminta menyebut jodol buku yang dipamerkan untuk memenangi hadiah.Selain itu turut diadakan ialah program Membaca Buku Cerita bersama Guru Besar yang mana Guru Besar membaca buku cerita untuk didengar oleh semua murid.

Pada hari Isnin,22 Okt 2012 pula telah diadakan program 10 minit murid membaca buku di dalam kelas.Semua murid bersama guru kelas berada dalam keadaan senyap membaca buku selama 10 minit.

Pada 23 Okt 2012 Selasa  turut diadakan ialah mengumpul bahan bacaan yang tidak lagi terpakai untuk dikitar semula.Bahan yang tidak dipakai di rumah di bawa ke sekolah untuk dikumpulkan.Antara bahan bacaan itu ialah majalah,buku lama,surat khabatr dan buku tulis terpakai. Selain itu diadakan program jejak maklumat dengan meneka jumlah muka surat bagi 3 buah buku yang dipamerkan untuk murid membuat tekaan

Pada 24 Oktober Rabu pula. diadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.