Jumaat, 9 November 2012

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012 SKRKTST TETAP MERIAH

 Banner.....program
 Hadiah...termasuk sumbangan dari Wanita UMNO Bahagian
 Pn Sala dan Pn Zainab...urus hadiah
 Para VIP dan pentadbir sekolah
 Unit Pendaftaran......
 Ucapan aluan Guru Besar
 Kalangan ibu yang hadir
 Menunggu masa untuk hadiah diagihkan.....
 Juruteknik dan juru acara
 Geng tarian tahun 3
 Pengurus FELDA merasmikan program....
 Penyelaras murid
 Terima kasih kerana merasmikan program.....
 Tarian tahun 3
 Penyampai...Pn Zaimah Awang
 Penyampaian ...En Yusof bin Mat Ali
 Juru acara...kemas.......
 Persembahan murid tahun 1...terima kasih guru
 Penyampai...Pengetua SAR
 Penyampai...Guru Besar
 Persembahan ...murid Tahun 4
 Tokoh Murid 2012....Luqman Harith azzamuddin...anak Cikgu Noorazita
 EIO Ebook...terima hamper cabutan bertuah
Jamuan......

Pada 6 Nov 2012 Selasa bermula jam 800 pagi,sekolah ini telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan SKRKTST 2012 serta penyampaian hadiah SKAR Felda Seberang Tayor.Ini merupakan julungkali RKT bersama Sekolah Agama Rakyat mengadakan hari penyampaian hadiah secara bersama.

Majlis yang bermula dengan pendaftaran ibubapa pada pukul 745 pagi ini turut menyediakan cabutan nombor bertuah sumbangan hamper dari Wanita UMNO Bahagian Kemaman.Seramai 131 orang yang terdiri dari ibubapa,guru dan pekerja mendaftar sebagai hadirin dalam majlis ini.

Majlis pada hari ini dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Aslam bin Jahangir Khan,Pengurus FELDA Seberang Tayor.Turut hadir dan memberi ucapan ialah Pengetua SK Agama Rakyat,Tn Hj Ramli dan YDP PIBG SKRKTST En Yusof bin Mat Ali.

Majlis didahului dengan ucapan Tuan Guru Besar En Mohd Saidi Embong dan diakhiri dengan ucapan perasmian sebelum hadiri dipersembahkan dengan tarian oleh murid tahun 3.Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dibawah kelolaan Unit Kokurikulum bersama dengan Kedai Sekolah ini menyediakan pelbagai hadiah mengikut kategori yang telah ditetapkan.Antaranya ialah kategori kedudukan terbaik dalam kelas,Cemerlang 6A-3A matapelajaran,Cemerlang Sahsiah,Ketua dan Penolong Kelas,Cemerlang Kokurikulum dan lain-lain lagi.

Hadiah kecemerlangan disampaikan oleh Timbalan YDP PIBG Pn Zaimah Awang,Tuan Guru besar,YDP PIBG,Pengetua SKAR dan Pengurus Felda dengan diiringi oleh PK Pentadbiran Pn Asmarani bt Abdullah,Pn Dorothy PK Kokurikulum dan En Mohd Asri bin Abd Rashid PK HEM.

Majlis dijuruacarakan oleh Cikgu Mohd Zaki bin Ramli dan Cikgu Nornafiza bt Ab Aziz manakala juruteknik ialah En Ahmad Lopti A Rashid EIO Ebook sekolah.

Majlis berakhir jam 1230 tengahari dan jamuan ringan disediakan oleh Unit Ko untuk tenaga kerja yang menjayakan program serta VIP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.