
Saudara Hisham menyampaikan sumbangan kepada Mahadi di rumahnya

Ketua Pemuda UMNO Bhg Kemaman bersama AJK bersama Siti Aisyah yang berjaya dalam UPSR 5A 2012
Sebagaimana yang dijanjikan kepada penulis,Ketua Pemuda UMNO Bhg Kemaman Saudara Hisham Zubir bersama AJK Pemuda UMNO iaitu Saudara Sofian Hassan,Saudara Zulkifli Sulong dan beberapa orang lagi telah turun padang ke RKT untuk menemui murid yang berjaya dalam UPSR tahun ini.Waalaupun jadual yang padat,namun KP UMNO Bhg Kemaman ini dapat luangkan masa semata-mata untuk turut menghargai kejayaan murid dalam peperiksaan UPSR.
Pada 19 Nov 2012,jam 1145 pagi,kehadiran Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman ke rumah Siti Aisyah bt Kamaruzzam dan ke rumah Mahadi bin Mustafa membuatkan kegembiraan pelajar ini atas kejayaan 5A UPSR lebih lagi dirasai kerana ianya dihargai oleh Pemimpin UMNO.Penulis ucapkan terima kasih kepada KP dan ahli rombongan walaupun tidak sempat bersama di sekolah untuk majlis penyerahan slip,namun Janji Ditepati apabila dengan RELA hati turun ke rumah murid menyerahkan sumbangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan