Selasa, 2 Oktober 2012

PROGRAM UNIT HEM BERSAMA AGENSI KERAJAAN BERJAYA DILAKSANAKAN.

Banner Program sebagai backdrop
 Meja pendaftaran........GB berbual bersama guru-guru sementara menanti majlis dimulakan
Dok tunggu dif ...kita pakat duduk dululah
 Murid tahap 1 dan 2 memenuhi dewan
 Dif jemputan bersama pentadbir
 Ceramah oleh Pegawai AADK.....
 PK HEM,En ASri meninjau kawasan pameran
 Juruacara {kiri} dan juru foto
 Ustaz Zem dan Hj Fauzi....jemputan dari SKST dan SKPG
 GB sampaikan sijil kepada SKPG
 Petugas dari KFC menceriakan murid-mirid
Pembahagian KFC diuruskan sebaik mungkin oleh guru

Pada 2 Oktober 2012,Selasa bermula jam 745 pagi lagi,guru-guru dan murid serta pekerja swasta sekolah sibuk mempersiapkan dewan untuk program Unit Hem bersama Agensi Kerajaan yang terdiri dari Polis,AADK dan Jabatan Kesihatan Kemaman.

Kehadiran semua agensi ini telah disambut oleh pihak pentadbiran yang terdiri dari Tuan Guru Besar,En Mohd Saidi bin Embong,PK1 Pn Asmarani,PK HEM En Mohd Asri dan PK Ko Pn Dorothy.Guru-guru lain yang bertindak sebagai JK Kerja pula sibuk memberi sokongan untuk memastikan program berjaya dijalankan.

Program bermula jam 845 pagi dengan Ceramah Jenayah yang disampaikan oleh wakil dari Polis Daerah Kemaman.Selain itu Polis juga turut mengadakan pameran untuk murid menghayatinya.Kemudian, ceramah kedua pula ialah dari AADK dan ceramah ketiga pula ialah dari Jabatan Kesihatan.Turut menjayakan program ini ialah kehadiran Cingki iaitu Bapa Ayam dari KFC.Ini adalah merupakan kerjasama dari KFC memandangkan pihak sekolah telah membeli lebih dari 200 pakej ayam KFC untuk program hari ini.

Selain dari semua murid dapat mendengar ceramah,murid juga diberi peluang untuk melihat pameran yang diadakan.Murid dari SK Seberang Tayor yang diiringi oleh PK Ko Tn Hj Fauzi serta murid dari SK Pasir Gajah yang dibawa oleh Ustaz Zamli bin Hj Ya adalah merupakan tetamu jemputan untuk program ini.Selain itu pemberita dari Sinar Harian iaitu Cik Rehan juga hadir untuk membuat liputan.

Majlis berakhir pada jam 110 tengahari dimana murid diberikan bungkusan KFC untuk dimakan ataupun dibawa pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.