Selasa, 30 Oktober 2012

SERAMAI 5 ORANG GURU TAHUN 5 RKT TERIMA LAPTOP


 Pamplet Majlis Pengagihan
 PK Ko SK Pusat Cikgu Rahim,Cikgu Zaik dan Cikgu Zaki
 PK Ko RKT Pn Dorothy bersama PK1 {dari belakang}
 Suasana majlis
EIO RKT Lotfi.....mengambil pendaftaran

30 Okt 2012 Selasa,5 orang guru tahun 5 RKT telah hadir kr Stadium Negeri untuk menerima Laptop sumbangan kerajaan Negeri Terengganu.Guru tahun 5 yang terlibat dengan penerimaan lapotop ini ialah PK1 Pn Asmarani bt Abdullah,PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid,PK Ko Pn Dorothy,Cikgu Zaki dan Cikgu Zaik.

Majlis bermla dengan pendaftaran kehadiran ada pukul 830 pagi hingga 930 pagi dan diikuti dengan ucapan Tuan engarah Pelajaran Negeri serta Ucapan Perasmian oleh YAB Dato Seri Hj Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu.Majlis kemudian diikuti dengan penyerahan laptop kepada guru yang terlibat. 

Sunday, 23 October 2011


2,642 orang Guru UPSR Terengganu Terima Laptop

KUALA TERENGGANU - Pendidikan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Justeru pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan agar guru yang diberi tanggungjawab mendidik anak bangsa berupaya membina tamadun dan mampu bersaing. Beliau berharap melalui pembudayaan ICT di kalangan pendidik dan pelajar ianya mampu mengubah cara berfikir dan budaya landskap pendidikan negeri ini.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Penyerahan Laptop kepada Guru-Guru UPSR Terengganu di Wisma Darul Iman pagi tadi. Seramai 2,642 orang Guru UPSR Terengganu menerima laptop daripada Menteri Besar Terengganu yang bernilai hampir RM3.7 juta. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Setiuasaha Kerajaan Negeri, Exco dan Timbalan Exco Pelajaran Negeri Terengganu, Pengarah dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pelajaran Negeri serta Pegawai Pelajaran Daerah seluruh negeri.

Tiga tahun yang lepas kerajaan negeri telah memperkenalkan e-book kepada murid-murid tahun 6. Biarpun terdapat pandangan dan tohmahan kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Dato' Haji Ahmad bin Said secara konsisten meneruskan program berkenaan dan di jangka menjelang akhir tahun ini sebanyak hampir seratus ribu e-book diagihkan kepada pelajar. Keyakinan kerajaan terhadap peri mustahaknya penguasaan ICT maka sistem pembelajaran kelas maya telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah di negeri ini dan bakal diperluaskan di setiap Dewan Undangan Negeri pada tahun depan.

Sesungguhnya warga pendidik dan pelajar negeri ini amat bertuah berbanding dengan negeri lain kerana keperihatinan dan kecaknaan sebegitu rupa daripada kerajaan dan pimpinan negeri Terengganu. Pelaburan besar ini mestilah dibayar dengan keupayaan untuk terus cemerlang dan terbilang dalam pendidikan di negara ini. Terengganu mesti mampu melahirkan tenaga manusia yang berkompetensi dari segi ilmu, kemahiran dan nilai. Tugas besar ini diamanahkan kepada pendidik sebagai arkitek bangsa agar hasrat kerajaan negeri menjadikan "Terengganu Negeri Anjung ilmu" akan menjadi kenyataan. Kita amat yakin guru Terengganu amat tahu bersyukur dengan menterjemahkan rasa syukur ini menunaikan amanah mendidik dengan penuh keinsafan dan penuh iltizam.

Petikan daripada Blog Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.