Selasa, 30 Oktober 2012

MURID TAHUN 6 DIDEDAHKAN MAKLUMAT KE SM AYER PUTIH

 Wakil dari SM Ayer Puteh menyampaikan taklimat
 Kalangan murid yang mendengar taklimat
 PK HEM bersama Tn Hj Zulkifli, dari SM Ayer Puteh
 Murid mendengar taklimat
 PK HEM bersama murid
Taklimat sedang disampaikan

Pada 29 Okt 2012,Isnin ,Unit HEM di bawah kelolaan En Mohd Asri bersama Unit HEM SM Ayer Puteh  telah mengadakan priogram penerangan ke sekolah menengah.Bermula jam 1045 pagi,seramai 40 orang murid tahun 6 telah didedahkan maklumat untuk memudahkan mereka melangkahkan kaki ke SM Ayer Puteh.Dalam majlis ini,murid tahun enam diberikan maklumat yang terperinci persediaan yang perlu dibuat untuk melanjutkan pelajaran menengah mereka di SM Ayer Puteh.

Turut serta bersama dalam program ini ialah guru tahun 6 iaitu Cikgu Noorazita Razali dan Cikgu Mohd Razali bin Mat Hussin.PK HEM En Mohd Asri turut berada bersama murid mendengar takjlimat yang disampaikan oleh Tn Hj Zulkifli bersama guru dari SM Ayer Puteh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.