Khamis, 11 Oktober 2012

MESYUARAT GURU KALI KE4:PK1 MEMPENGERUSIKANNYA

Pada 11 Oktober 2012,Khamis bertempat di Bilik Mesyuarat Makmal Komputer telah dilangsungkan mesyuarat guru kali ke 4.Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Pn Asmarani bt Abdullah,PK1 sementara PK HEM En Mohd Asri Abd Rashid dan PK Ko Pn Dorothy turut hadir.

Sebelum mesyuarat bermula,semua guru menjamu selera mee goreng halus berserta keropok keping sedap bersama air teh o sejuk  yang disediakan oleh kantin sekolah.Selesai makan,mesyuarat  bermula.
Antara yang dibincangkan ialah persediaan untuk menjalankan ujian akhir tahun yang akan diadakan pada 14 hingga 18 Oktober 2012.Selain itu,PK HEM turut menyatakan tentang perkara persediaan guru untuk memastikan rekod-rekod murid dipungut.Mesyuarat kali ini dicatatkan oleh Pn Zainab bt Mat Roka.

 Mesyuarat baru nak mula
 Kalangan guru lelaki
 Guru wanita
 Cikgu Zaki dan Cikgu Fadzil
 Ustaz Zul {kiri} Cikgu Razali dan Cikgu Zaik
PK KO Pn Dorothy dan PK1 Pn Asmarani {Kanan}

Bagi PK Ko pula,membincangkan tentang persediaan mengadakan Hari Kokurikulum dan Hari Anugerah Cemerlang pada bulan November nanti.Mesyuarat berakhir jam 230 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.