




Pada 2 Januari 2014 Khamis,RKT telah mengadakan Program Transisi Tahun 1 yang melibat murid tahun 1 seramai 23 orang.Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang
telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri
dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun
di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu. Adalah diharapkan
kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi,
persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia
meneruskan pembelajaran di sekolah.
Aturcara Pembukaan Program Transisi
1. Bacaan doa - Ustaz Zulkifli bin Ibrahim
2. Ucapan Alaun Pengerusi majlis - En Mohd Zaki bin Ramli
3. Ucapan Guru Besar - En Nor Azmi bin Muda.
3. Taklimat PK1 - Pn Asmarani bt Abdullah
4. Ucapan Penyelaras Tahun 1 - Pn Syazwina bt Abdullah
Tuan Guru Besar juga mengalu-alukan kedatangan ibubapa murid Tahun Satu ke
SK RKTST. Beliau menegaskan kehebatan anak-anak tidak bergantung kepada sekolah
semata-mata, ia berkesinambungan daripada didikan di rumah. Program ini dapat
dijalankan dengan jayanya sekiranya mendapat sokongan dari semua pihak
terutamanya ibu bapa.
.









Pada 29 Januari 2013,Ahad,RKT telah mengadakan hari Pendaftaran dan Pembelian Alatulis Sekolah bagi sesi persekolahan 2014.Pendaftaran mula dibuka pada jam 900 pagi dimana ibubapa hadir ke sekolah untuk membuat pembelian alatulis sekolah melalui guru kelas masing-masing.




































