Khamis, 16 Mei 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013 DI RKT SEDERHANA TETAPI MERIAH.....BERTEMAKAN GURU MALAYSIA 1 ASPIRASI 1 AGENDA

 Pamplet hari guru
 Guru bersedia di dataran himpun
 GB bersama En Azmi Senik,Pegawai Perhubungan Sekolah dari JPNT
 GPM bersama GB
 En Azmi menyampaikan ucapan
 GB berucap membaca perutusan Pengarah JPNT
 Guru Wanita menyanyikan lagu Guru Malaysia
 Bersedia untuk membaca ikrar
 Murid berpeluang duduk...penat berdiri
 Selamat Hari Guru...kek dari bapa murid
 Membaca ikrar
 Membelah kek......Cikgu Zimah diberi tugas itu
 YDP PIBG bersama GB menghantar En Azmi Senik
 Jamuan ringan
 Kek Hari Guru dari YB Tn Hj Wan Abdul Hakim
 Lagi kek.....
 Wakil Bank Rakyat turut hadir serikan Sambutan Hari Guru di RKT
 Kontraktor kebersihan sumbangkan hamper
 Persembahan murid
 Menyanyi lagi Terima Kasih Guru
 GB sampaikan hadiah MGK buat semua guru
 Jamuan makan tengahari...PK1 dan PK Ko
 Lauk....sedapnya
 Nak ambil yang mana satu niiiiiii
 Cikgu Sala...dengan hadiah yang banyak
Murid berhimpun di dewan

Pada 16 Mei 2013,Khamis,RKT turut menyambut Hari Guru Peringkat Sekolah yang bertemakan Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda.Sambutan hari guru kali ini menjadi istimewa apabila ianya turut dihadiri oleh En Azmi bin Senik,Pegawai Perhubungan Sekolah dari JPNT yang telah datang awal sejak pukul 716 pagi lagi.Kehadiran beliau disambut oleh Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda yang juga merupakan kenalan kepada En Azmi bin Senik,Pegawai Perhubungan Sekolah ini.Turut bersama ialah YDP PIBG En Yusof bin Mat Ali yang hadir sejurus itu.

Acara yang diatur oleh Pengerusi MGK Cikgu Mohd Zaki bin Ramli ini bermula jam 745 pagi yang diikuti dengan nyanyian lagu negaraku,bacaan doa,seterusnya ucapan ringkas dari En Azmi Senik. Kemudiannya diikuti dengan bacaan perutusan pengarah oleh tuan GB RKT.Selesai ucapan kemudian murid diperdengarkan dengan nyanyian lagu tema hari guru,lagu guru Malaysia dan lagu biarku menjadi lilin serta bacaan ikrar yang dibaca oleh Pengerusi MGK sendiri.

Majlis kemudian diikuti dengan jamuan ringan dan sukaneka.Kemudian majlis disambung pula dengan persembahan murid dan pembahagian cenderahati.Majlis disusuli pula oleh Jamuan Makan Tengahari dan program berakhir am 100 tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.