Ahad, 19 Mei 2013

KEMASKINI DATA PERMATA PINTAR UNTUK DIHANTAR SECARA ONLINE KEPADA JPNT DAN PPD DILAKUKAN OLEH PENYELARAS

 Cikgu Zaik mengemaskinikan data murid permata pintar
Adik Danish Iqbal ..Pengerusi Kelab Komputer membantu mengemaskini data murid

Pada 19 Mei 2013,Ahad Penyelaras Permata Pintar RKT Cikgu Zaik telah mengemaskinikan data murid untuk dihantar pada 20 Mei 2013 kepada JPNT dan PPD sebagaimana arahan yang telah diputuskan dalam pertemuan diantara Penyelaras dengan Pegawai JPNT dan PPD Kemaman.

Kerja-kerja mengemaskinikan data dilakukan sejak dijalankan proses menjawab soalan secara online oleh hampir 63 orang murid dan kini proses menyemak data terakhir dibuat bagi memastikan data yang dihantar sempurna sebagaimana kehendak borang yang disediakan.

Kerja mengemaskini data ini telah dibantu oleh Pengerusi Kelab Komputer Sekolah iaitu adik Danish Iqbal bin Zainal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.